Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. Foto hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. Foto hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi yang lebih baik niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik kepada AS$2,043.30 setiap auns troy daripada AS$2,034.30 setiap auns troy ketika ditutup pada Selasa, manakala Mac 2024 menokok kepada AS$2,053.20 setiap auns troy daripada AS$2,044.20 setiap auns troy.

Kontrak bagi Mac 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 masing-masing melonjak kepada AS$2,060.60 setiap auns troy berbanding AS$2,051.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada 12 lot daripada 41 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 96 kontrak daripada 114 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,030.80 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 6 Februari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!