'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'

Ibu Saudara mangsa lemas, Ainur Raden Mustafa Amiruddin, 51 memeriksa seluar mangsa ekoran penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas pada 9.50 malam di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor malam Rabu. Foto Bernama
Ibu Saudara mangsa lemas, Ainur Raden Mustafa Amiruddin, 51 memeriksa seluar mangsa ekoran penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas pada 9.50 malam di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor malam Rabu. Foto Bernama
A
A
A

TAPAH - "Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?” kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sungapi Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.

Noraini berkata, Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam, 4, yang turut terlibat dalam kejadian petang Rabu.

Dua lagi anak Aszura yang dikhuatiri lemas ialah Hana Mikayla, 6, dan Hanum Marissa, 2.

"Saya tak sangka kata-kata itu menjadi petanda Aszura akan pergi selama-lamanya, dia dan Hafiy memang selalu makan di kedai tempat saya bekerja sejak setahun lalu, seminggu sekali dia akan singgah makan dan makanan kegemarannya mi kicap kuah kari,” katanya ketika ditemui di sekitar tempat kejadian malam Rabu.

Dalam kejadian semalam, Aszura yang berkelah bersama tiga anaknya, kakaknya Aslinda Bani, 38, anak Aslinda dan seorang pembantu rumah, terperangkap dalam kepala air jam kira-kira jam 4.03 petang sebelum mayatnya ditemukan petang semalam, disusuli penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anaknya, pada jam 9.45 malam tadi.

Bagaimanapun Aslinda dan anaknya yang berusia 12 tahun serta pembantu rumah wanita warga Indonesia ditemukan selamat, manakala dua anak Aszura masih hilang.

Sementara itu, kakak ipar Aszura, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, berkata, dia bertemu dengan Aszura, suaminya Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dan dan tiga anak saudaranya di rumahnya ibunya di Bidor minggu lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, tiga anak saudaranya sangat teruja bertemu nenek mereka dan dalam minggu itu sahaja telah dua kali Aszura dan adiknya sekeluarganya melawat rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Mereka (tiga beradik) kata sangat rindukan opah mereka, minggu lepas sahaja dua kali mereka datang melawat,” katanya.

Ainur berkata, adiknya Azam tidak mengikuti isteri dan anak-anaknya berkelah, kerana ada urusan lain.

"Sehingga sekarang saya masih belum jumpa Azam sebab dia terus ke hospital, saya tak tahu keadaan dia macam mana, sebab hilang isteri dan tiga anak sekali gus,” katanya.

Ainur berkata, beliau berharap dua lagi anak saudaranya akan ditemukan, walau dalam apa keadaan sekali pun.

"Kalau boleh memang nak mereka selamat, jika tidak, harap dipermudahkan (pencarian),” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari dua kanak-kanak mangsa yang masih hilang diteruskan pagi ini. - Bernama

@sinarharianonline

'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Lemas #Tragedi #Sungai #Kematian

Somewhere Only We Know (Piano Instrumental) - Box of Music

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!