Remaja perempuan tunggang motosikal 'modified' ditahan
KUALA LUMPUR - Perjalanan seorang remaja perempuan dengan menunggang motosikal yang diubah suai dengan 'gila' membawa padah selepas ditahan di susur Greenwood, Gombak dekat sini pada Rabu.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang berkata, remaja itu ditahan kira-kira jam 11 pagi menerusi Op Tahun Baharu Cina JPJ Kuala Lumpur.
"Pemeriksaan lanjut pada motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu didapati telah diubah suai dengan ekstrem iaitu ekzos, tidak pamer nombor pendaftaran hadapan, swing arm, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi selain tidak ada brek belakang.
"Remaja terbabit juga tidak memiliki lesen memandu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati motosikal terbabit berdaftar atas nama wanita yang juga ibu kepada remaja terbabit.
Tambah Eric, remaja berusia 13 tahun itu juga mendakwa motosikal itu diubah suai oleh abangnya.
"Susulan itu, JPJ telah bertindak menyita motosikal terbabit mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Tegasnya, JPJ mengingatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menyeru serta mengalukan semua orang awam untuk melaporkan aduan berkaitan salah laku di jalan raya secara terus melalui aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan.
@sinarharianonline Remaja perempuan tunggang motosikal 'modified' ditahan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Perempuan #Remaja #Motosikal #JPJ
Jaws Main Theme (From "Jaws") - Geek Music
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!