3,484 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel

Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari. Foto AFP
Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari. Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Rabu.

PPS dalam satu kenyataan berkata, jumlah tahanan menyaksikan peningkatan ketara dan jumlah ini tidak pernah direkodkan pada tahun intifada pertama pada 1987, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih 3,400 perintah penahanan, termasuk perintah baharu dan yang diperbaharui sejak permulaan pencerobohan ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

November mencatat kadar tertinggi pengeluaran perintah tahanan iaitu 1,120 perintah dengan menyasarkan semua golongan, termasuk kanak-kanak, wanita, aktivis dan wartawan.

Jumlah tahanan sebelum 7 Oktober adalah kira-kira 1,320, menurut persatuan itu. - Bernama-Wafa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!