[KRONOLOGI] Tragedi kepala air Kampung Poh, Bidor
[KRONOLOGI]
Berikut adalah kronologi tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini yang mengorbankan empat beranak pada Rabu.
7 FEBRUARI 2024 [RABU]
4 petang:Seorang wanita maut manakala tiga anaknya dilapor hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.
4.30 petang: Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung.
ARTIKEL PENUH:Tragedi berkelah: Ibu maut, tiga anak hilang dihanyut kepala air
Tiga anak Aszura yang dilapor masih hilang Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.
Kakak kepada Aszura, Aslinda Bani berusia, 38,tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.
Turut terselamat, pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang dijumpai sedang berpaut pada batu.
ARTIKEL PENUH:Ibu lemas, tiga anak hilang: 'Tragedi kepala air sudah lama tak berlaku'
9.50 malam:Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini ditemui meninggal dunia pada Rabu.
ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Mayat budak lelaki ditemui, kaki tersangkut bawah akar
'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'
"Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?” kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sungapi Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.
ARTIKEL PENUH:'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'
'Hari ini hari terakhir kakak sekolah'
"Esok kakak tak nak sekolah dah, ini hari terakhir kakak sekolah."
Kata-kata yang diluahkan Hanna Mikayla Azam, 7, itu seolah-olah menjadi petanda kehilangannya bersama dua adiknya dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.
ARTIKEL PENUH:'Hari ini hari terakhir kakak sekolah'
8 FEBRUARI 2024 [KHAMIS]
Tragedi kepala air: Dua mangsa terakhir ditemui
9 pagi:Dua kanak-kanak yang merupakan mangsa terakhir lemas akibat tragedi kepala air di Kampung Poh di sini temui pagi Khamis.
ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Dua mangsa terakhir ditemui
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah mangsa pertama tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini yang mengorbankan empat sekeluarga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, di sini, pada Khamis.
ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Tragedi kepala air: Jenazah 3 beradik disemadi sebelah ibu
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh dekat sini selamat disemadikan bersebelahan ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.
ARTIKEL PENUH:Tragedi kepala air: Jenazah 3 beradik disemadi sebelah ibu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!