Muhyiddin peroleh pasport, boleh ke Thailand rasmi restoran rakan
BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan semula pasportnya sekali gus membolehkan bekas perdana menteri itu memulakan perjalanan untuk majlis perasmian restoran ke Bangkok, Thailand minggu depan.
Hakim, Azura Alwi memerintahkan pasport itu dilepaskan secara sementara dan ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 23 Februari ini.
Pasport Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditempatkan dalam simpanan pihak mahkamah sebagai syarat tambahan untuk jaminan berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan lebih RM200 juta yang dihadapinya.
Kelmarin, pihak pendakwaan dilapor membantah permohonan Tan Sri Muhyiddin bagi mendapatkan pasport sementara untuk ke Thailand pada 15 Februari ini.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Muhyiddin #Pasport