‘Saya sebagai orang Cina resah, apa lagi orang Melayu’ - Ridhuan Tee
BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024
Kenyataan dikeluarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa memalukan kaum Cina malah ia dianggap rasis serta mengganggu keharmonian kaum.
Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan oleh seorang menteri dan juga negarawan terutama melibatkan isu sensitif.
Jelasnya, dia sebagai kaum Cina pun resah apatah lagi kaum Melayu.
Sebelum ini, Kor Ming mencadangkan agar mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KampungBaru #UNESCO #RidhuanTee #NgaKorMing