Adik Sufi Syafrina meninggal dunia

Keadaan Sufi Syafrina sewaktu menerima kunjungan ibunya, Siti Nasiha Sakinah Said Md Yusof di HTA pada Khamis.
Keadaan Sufi Syafrina sewaktu menerima kunjungan ibunya, Siti Nasiha Sakinah Said Md Yusof di HTA pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Bayi berusia 12 bulan, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menderita penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) jenis 1 dilaporkan meninggal dunia jam 3.30 petang Khamis.

Perkara itu disahkan bapanya, Mohd Shafiq Idrus, 39, menerusi WhatsApp.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan Kajang, Selangor selepas solat Isyak.

Gambar yang dimuat naik Ismail Sabri di Instagram ketika melawat Sufi Syafrina.
Gambar yang dimuat naik Ismail Sabri di Instagram ketika melawat Sufi Syafrina.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Sufi Syafrina atas pemergian tersebut.

“Saya sempat menziarahi adik Sufi pada tahun lalu di rumahnya dan ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kehilangannya amat dirasai, semoga keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sinar Harian pada 23 Julai lalu melaporkan penderitaan anak bongsu daripada tiga beradik itu dan melancarkan Tabung Bantuan Adik Sufi Syafrina bagi mengumpul sumbangan RM9 juta untuk suntikan Zolgensma.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sufi Syafrina bergantung kepada ubat Risdiplam yang berharga RM40,300 untuk tempoh 35 hari bagi mengekalkan tahap kesihatan, selain rawatan bioterapi di Hospital Shah Alam tiga hingga empat kali seminggu.

Selain itu, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan.

“Petang tadi Mohd Shafiq ada hubungi maklumkan perkara ini, saya harap mereka tabah sebab dah lama adik Sufi sakit.

Gambar yang dimuat naik Ismail Sabri di Instagram ketika melawat Sufi Syafrina.
Gambar yang dimuat naik Ismail Sabri di Instagram ketika melawat Sufi Syafrina.

“Mereka sudah lakukan yang terbaik tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan dia. Pihak kami akan cuba bantu yang boleh dan permudahkan,” katanya.

Tambah Nik Justin, Sinar Karangkraf telah menyerahkan wang sumbangan berjumlah lebih RM220,000 kepada keluarga bayi itu menerusi tabung berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang menyumbang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya sepanjang tabung ini dilancarkan.

“Saya doakan mereka tabah,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!