Op Selamat 21: Polis KL kenal pasti 50 'hotspot', 11 'blackspot'

Allaudeen. Foto Bernama
Allaudeen. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur telah mengenal pasti 50 'hotspot' (aliran trafik tinggi) dan 11 'blackspot' (kawasan sering berlaku kemalangan) di ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, susulan itu seramai 140 anggota dan pegawai polis trafik akan ditugaskan sempena Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina.

"Antara kawasan 'hotspot' yang dikenal pasti adalah di Jalan Tun Razak/susur dari Bulatan Pahang, Jalan Cheras /Jalan Ikan Ayu, Jalan Kampung Kerinchi/Bangsar South dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

"Antara lokasi 'blackspot' adalah di Jalan Loke Yew, Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Kuching," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Allaudeen berkata, orang ramai dinasihatkan mengikut jadual perjalanan yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.

"Orang ramai juga perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

"Masyarakat juga dinasihatkan jangan menjadikan hari perayaan sebagai hari malapetaka, tidak ada apa yang perlu dikejar, pastikan perjalanan anda ke destinasi selamat," katanya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengamalkan pemanduan berhemah semasa perjalanan pulang ke kampung.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai perlu memastikan kediaman dikunci dan diyakini selamat untuk ditinggalkan sebelum perjalanan pulang ke kampung dan memberi pemakluman kepada balai berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sudah dinaik taraf," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!