Ada peluang layak ke Paris 2024

Skuad B-23 negara diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.
Skuad B-23 negara diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.
A
A
A

BEKAS pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya Harimau Muda mempunyai keupayaan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Kim Swee menegaskan ia bukan tugas mudah selain melihat persiapan rapi perlu di atur sekiranya mahu melihat skuad negara mampu sampai ke tahap tersebut.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengatur latihan dan perlawanan persahabatan menjelang Piala Asia B-23 Qatar, April depan yang menjadi tiket untuk ke Olimpik.

"Dalam kejohanan peringkat terutama umur B-23, B-20 baik B-18 kebelakangan ini, kita mempunyai keputusan positif tetapi ini tidak bermakna kita boleh layak tanpa persiapan yang lebih baik.

"Ia merupakan agenda utama yang menjadi penentu sama ada Malaysia layak atau tidak.

"Kalau mereka disediakan lebih banyak latihan dan perlawanan persahabatan sebelum Piala Asia, saya percaya mereka mampu melakukan kejutan.

"Dengan pemain berkualiti, saya percaya mereka mampu membawa pasukan ini ke peringkat lebih tinggi jika adanya persiapan yang baik," katanya.

Di Piala Asia B-23 Qatar 2024, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!