Nik Elin Zurina tiba di Mahkamah Persekutuan

Nik Elin Zurina tiba jam 7.45 pagi bersama pasukan peguamnya.
Nik Elin Zurina tiba jam 7.45 pagi bersama pasukan peguamnya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peguam yang mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid tiba di Mahkamah Persekutuan bagi mendengar keputusan yang akan disampaikan oleh panel hakim pada pagi ini.

Beliau tiba jam 7.45 pagi bersama pasukan peguamnya.

Panel sembilan hakim yang diketuai Tun Tengku Maimun dijangka akan menyampaikan keputusan tersebut jam 9 pagi ini.

Panel itu turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Ia turut disertai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais

Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyen tersebut.

Ia antaranya membabitkan Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat; Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral); Seksyen 14 (liwat); Seksyen 16 (persetubuhan dengan mayat); Seksyen 17 (hubungan seksual dengan bukan manusia); Seksyen 30 (perkataan yang boleh memecahkan keamanan).

Selain itu turut terlibat Seksyen 31(gangguan seksual); Seksyen 34 (memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu); Seksyen 36 (apa-apa yang memabukkan); Bahagian 39 (mengurangkan skala, ukuran dan berat); Seksyen 40 (melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)) dan Seksyen 41 (melaksanakan urus niaga melalui riba).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!