[VIDEO] Pempengaruh perlu lebih bertanggungjawab di media sosial

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sekali lagi meminta pempengaruh untuk lebih bertanggungjawab dalam menerbitkan kandungan di media sosial.

Beliau turut menasihatkan agar golongan terbabit tidak terlalu mengejar populariti sehingga tidak dapat untuk membezakan sesuatu perkara yang dikongsi itu memberikan kesan baik atau buruk.

"Ini kerana program podcast ini akan ditonton golongan belia, remaja dan kalau dalam podcast kita jemput dan kemudian kita mempromosikan perbuatan maksiat...persundalan, pelacuran ini adalah merupakan salah satu kesalahan sama ada dalam undang undang sivil atau syariah

"Jadi saya harap sangat jangan disebabkan kerana mengejar populariti kita tidak boleh membezakan mana yang baik mana yang buruk jadi insyaALLAH itu nasihat yang (dapat) saya berikan," katanya.

Mohd Na'im (kanan) mengadakan lawatan ke rumah keluarga asnaf, Mohamad Salman Abdullah, 23, atau juga dikenali sebagai 'frog man' di Chow Kit, Kuala Lumpur
Mohd Na'im (kanan) mengadakan lawatan ke rumah keluarga asnaf, Mohamad Salman Abdullah, 23, atau juga dikenali sebagai 'frog man' di Chow Kit, Kuala Lumpur

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah keluarga asnaf, Mohamad Salman Abdullah, 23, atau juga dikenali sebagai 'frog man' dan menyerahkan sumbangan kepada keluarga terbabit di Chow Kit di sini pada Khamis malam.

Terdahulu, beliau terkejut dengan laporan berita beberapa hari lalu bahawa sebuah program podcast telah mengundang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu.

"Komen saya seperti mana saya mahu kekalkan nasihat saya sebelum ini supaya kita berhati hati dan kita tidak boleh mempromosikan perkara perkara maksiat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!