Perjuangan Qatar bukan mudah - Marquez

Marquez. Foto EPA
Marquez. Foto EPA
A
A
A

QATAR sebelum ini membuat keputusan 'berani mati' apabila melantik Tintin Marquez bagi menggantikan jurulatih Carlos Queiroz kira-kira sebulan sebelum sepak mula Piala Asia 2023.

Jurulatih dari Sepanyol itu memulakan tugas pada akhir Disember lepas tetapi tempoh sedekad bekerjasama dengan persatuan bola sepak Qatar sebelum itu memudahkan misinya untuk memperkuatkan skuad.

Pasukan tuan rumah itu kini selangkah untuk bergelar juara apabila akan menentang Jordan pada aksi final malam Sabtu.

Marquez bagaimanapun menyifatkan perjuangan mereka bukan mudah dan dia menghamburkan pujian buat para pemain yang memperagakan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.

“Pemain mengikut arahan, falsafah dan idea saya di atas padang. Mereka berhak mendapat pujian,” katanya.

Jurulatih berusia 62 itu menganggap perjalanan mereka belum berakhir dan masih ada satu lagi ujian untuk mengecapi kejayaan.

“Kami ada satu lagi halangan terakhir untuk melengkapkan objektif besar kami,” ujar Marquez.

Sebagai rekod, Qatar menjuarai Piala Asia buat kali pertama pada 2019 di bawah kendalian seorang lagi jurulatih dari Sepanyol, Felix Sanchez.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!