Polis Marin Pulau Pinang rampas rokok seludup lebih RM800,000

Rusley (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas.
Rusley (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 840,000 batang rokok putih bernilai RM877,800 termasuk cukai dipercayai rokok seludup dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Khamis.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan di bawah Op Taring/Kontraban itu yang dilancarkan sejak Selasa lalu.

Menurutnya, operasi itu bertujuan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan penjualan rokok putih di negeri ini.

Rusley menunjukkan 840,000 batang rokok putih bernilai RM877,800 termasuk cukai dipercayai rokok seludup yang dirampas di sebuah rumah.
Rusley menunjukkan 840,000 batang rokok putih bernilai RM877,800 termasuk cukai dipercayai rokok seludup yang dirampas di sebuah rumah.

"Operasi dijalankan sepasukan Unit Risikan Marin (URM) dan telah mengesan sebuah rumah di George Town. Rumah tersebut dipercayai dijadikan tempat menyimpan rokok tidak bercukai.

"Risikan dan pemantauan mendapati, tiada kelibat mana-mana individu di rumah malah tiada siapa yang keluar masuk sepanjang risikan dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rusley berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan mendapati 84 kotak berisi 4,200 karton yang mengandungi 840,000 batang rokok putih jenis forman.

"Kesemua rokok berkenaan bernilai RM877,800 termasuk cukai,nilai rokok sahaja ialah RM294,000. Kita akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket ini serta pemilik rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini akan diteruskan untuk membanteras jenayah penyeludupan kontraban yang merugikan pihak kerajaan," katanya.

Sebanyak 840,000 batang rokok putih bernilai RM877,800 termasuk cukai dipercayai rokok seludup dirampas dalam serbuan di sebuah rumah pada Khamis.
Sebanyak 840,000 batang rokok putih bernilai RM877,800 termasuk cukai dipercayai rokok seludup dirampas dalam serbuan di sebuah rumah pada Khamis.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Saya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini atau kes berkaitan penyeludupan supaya menyalurkannya kepada kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!