China perluas polisi tanpa visa ke Hainan

China melonggarkan polisi tanpa visa bagi memasuki wilayah selatan Hainan atas pelbagai tujuan mulai Jumaat. - Gambar hiasan 123RF
China melonggarkan polisi tanpa visa bagi memasuki wilayah selatan Hainan atas pelbagai tujuan mulai Jumaat. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BEIJING - China melonggarkan polisi tanpa visa bagi memasuki wilayah selatan Hainan atas pelbagai tujuan mulai Jumaat, lapor Xinhua.

Pelawat dari negara seperti Rusia, Perancis, Amerika Syarikat, Brazil, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu dibenarkan memasuki Hainan tanpa visa bagi tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara mara, rawatan perubatan, pameran atau sukan, menurut Pentadbiran Imigresen China dalam satu kenyataan.

Pelawat terbabit boleh menetap di Wilayah Hainan sehingga 30 hari, menurut kenyataan itu.

Polisi sebelum ini juga membenarkan pelawat dari negara-negara terbabit memasuki Hainan tanpa visa tetapi hanya untuk tujuan pelancongan.

Dasar baharu itu bertujuan untuk memajukan dan mengalu-alukan pembukaan secara menyeluruh serta menyokong pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!