Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa

Muhammad Nur Aiman dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Jumaat.
Muhammad Nur Aiman dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Jumaat.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pekerja p-hailing mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh di sini pada Jumaat atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Aiman Ismail, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kesalahan didakwa dilakukan jam kira-kira jam 5 petang, 4 Februari lalu di Kilometer (KM) 96.3 sehingga KM98 LPT arah timur, di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.<

Sebutan semula kes tertuduh ditetapkan pada 14 Mac depan.
Sebutan semula kes tertuduh ditetapkan pada 14 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi dan tertuduh diwakili peguam, Mazieera RA Sharifuddin.

Mazieera memberitahu, tertuduh yang masih bujang dalam rayuannya menyatakan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan serta menanggung ibu bapa dan adiknya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 14 Mac depan.

Sebelum ini, aksi tertuduh menunggang ala 'Superman' berjaya dirakam pengguna LPT terbabit dan tular di media sosial.

@sinarharianonline

Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Pekerja #P-hailing #Superman #Dakwa #Mahkamah #LPT

Staying Alive - Tribute Band

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!