Probowo berpeluang cerah jadi presiden Indonesia

Subianto menjadi pilihan dalam tinjauan pendapat baru-baru ini. - AFP
Subianto menjadi pilihan dalam tinjauan pendapat baru-baru ini. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Calon Presiden Indonesia (Capres), Prabowo Subianto berada di landasan tepat untuk memperoleh majoriti dan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 pada minggu depan, menurut tinjauan pada Jumaat.

Hampir 205 juta orang layak mengundi pada 14 Februari depan dengan pemenang ditetapkan untuk menggantikan Presiden, Joko Widodo atau Jokowi selepas beliau menamatkan tempoh maksimum dua penggalnya.

Tinjauan bebas Indikator Politik menunjukkan Prabowo, juga menteri pertahanan dan calon kali ketiga telah memperoleh 51.8 peratus undian bersama pasangannya Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Jokowi.

Manakala, bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan memperoleh 24.1 peratus serta bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo di tempat ketiga dengan 19.6 peratus menjelang undian minggu depan.

Kurang daripada lima peratus tidak membuat keputusan dalam tinjauan terhadap 1,200 responden antara 28 Januari hingga 4 Februari lalu.

Pemenang pilihan raya itu perlu memperoleh lebih 50 peratus undi pada pilihan raya minggu depan untuk mendapatkan jawatan presiden secara automatik, jika tidak mereka berdepan pusingan larian pada Jun dengan calon di tempat kedua.

Penganalisis berkata kekayaan Subianto, semangat nasionalis dalam ucapan populis dan sebagai ketua tentera yang berpengaruh telah menyumbang kepada undian tertinggi itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!