Padah merompak, penganggur beraya dalam lokap

Fang Fung dijatuhi hukuman 11 tahun penjara dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pada 31 Januari lalu.
Fang Fung dijatuhi hukuman 11 tahun penjara dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pada 31 Januari lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penganggur terpaksa menyambut Tahun Baharu Cina di sebalik tirai besi apabila dihukum penjara 11 tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pada Januari lalu.

Tertuduh, Chin Fang Fung, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah merompak beg dompet milik seorang wanita berusia 57 tahun yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM Maybank, lesen memandu kelas D, wang tunai kira-kira RM150 dan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy AS02S di hadapan sebuah rumah di Jalan Bahagia 3, Taman Bahagia Makmur, di sini pada jam 2.50 petang, 31 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman lima tahun penjara.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh sama, kira-kira jam 1.19 tengah hari bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 39 tahun bertempat di sebuah rumah di Jalan Bendera 12, Taman Bukit Bendera dekat Mentakab di sini.

Tertuduh merompak dan membawa lari beg tangan wanita tersebut dengan sengaja menyebabkan cedera atau ketakutan pada wanita terbabit.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Artikel Berkaitan:

Bagi pertuduhan tersebut, mahkamah menjatuhi hukuman enam tahun penjara dan satu sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afidatul Azwa Kamarul Anuar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!