Remaja lemas, tiga rakan terkandas ketika berenang untuk memancing

Mayat mangsa ditemui lemas di sungai berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat.
Mayat mangsa ditemui lemas di sungai berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat.
A
A
A

KUDAT - Hasrat lima sekawan memancing di kawasan sungai tidak kesampaian apabila salah seorang daripadanya lemas, manakala tiga lagi terkandas dalam kejadian berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ryan, 16, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi rakannya berusia 15 hingga 16 tahun diselamatkan oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer.

"Menurut maklumat rakan mangsa, difahamkan mereka seramai lima orang datang ke tempat kejadian untuk memancing.

"Mangsa bersama rakan-rakannya berenang ke kawasan pulau yang terletak di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik iaitu sejauh 50 meter dari tebing sungai.

Pasukan bomba membawa naik mangsa ke tebing sungai selepas ditemui di kedalaman lebih tiga meter di sungai berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat.
Pasukan bomba membawa naik mangsa ke tebing sungai selepas ditemui di kedalaman lebih tiga meter di sungai berhampiran Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat.

"Ketika dalam perjalanan, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan manakala tiga lagi terkandas di kawasan pulau tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dan pasukan bomba seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang lemas.

Artikel Berkaitan:

"Pencarian di permukaan atas air dilakukan di sepanjang tepi sungai dan pada jam 5 petang unit PPDA Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.

"Mangsa akhirnya berjaya ditemui selepas 40 minit kemudian di kedalaman lebih tiga meter di lokasi mangsa dilaporkan lemas," katanya.

Susulan penemuan mangsa, Ishak berkata, operasi ditamatkan pada jam 6 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!