Klopp tak setuju pengenalan kad biru

Jurgen Klopp. Foto EPA
Jurgen Klopp. Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak bersetuju dengan peraturan baharu kad biru yang bakal diperkenalkan dalam bola sepak.

Penggubal undang-undang bola sepak bersedia untuk memperkenalkan peraturan yang akan menyaksikan pengadil boleh melayangkan kad biru dan mengeluarkan pemain dari padang untuk tempoh 10 minit sekiranya berbeza pendapat dengan pegawai perlawanan atau melakukan kesalahan kecil.

Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) dijangka memberi lampu hijau untuk ujian itu pada mesyuarat tahunannya pada Mac.

"Pengenalan kad baharu hanya akan memberi lebih banyak kemungkinan gagal, kerana perbincangan yang akan berlaku nanti adakah pengadil sepatutnya melayangkan kad biru atau kad kuning?

"Ia hanya menjadikannya lebih rumit. Jika mereka mahu mengujinya, saya tidak mempunyai masalah dengan ujian.

"Tetapi, jika itu adalah langkah pertama untuk bersetuju, saya tidak tahu kerana ini adalah kali pertama saya mendengar mengenai perkara ini.

"Saya lihat ia bukan idea yang hebat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!