Macam kembar, tular individu mirip Altimet

Altimet (kanan) bergambar bersama lelaki yang mempunyai wajah seiras dengannya.
Altimet (kanan) bergambar bersama lelaki yang mempunyai wajah seiras dengannya.
A
A
A

AMPANG - Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti 'kembar' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet.

Lelaki bermisai dan berbadan sasa itu mempunyai wajah seiras Altimet hingga menjadi usikan dan gurauan oleh pengguna di aplikasi X.

Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai pengawal peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara komen nakal ditinggalkan pengguna media sosial bertanyakan sama ada lelaki itu Yang Berhormat (YB) Altimet atau Mc Kari.

Ada juga yang berkata, rambut palsu nampak betul seperti YB Altimet.

Gambar lelaki itu tular susulan mempunyai wajah seiras dengan Altimet.
Gambar lelaki itu tular susulan mempunyai wajah seiras dengan Altimet.

Tidak kurang yang bergurau bertanyakan sama ada YB Altimet membuat kerja sambilan sebagai pembantu peribadi.

Sementara itu, Altimet ketika ditanya berkenaan perkara itu mengesahkan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebelum ini pernah berjumpa beberapa kali dengan individu berkenaan namun tidak sempat untuk beramah mesra disebabkan komitmen kerja.

Bagaimanapun, beliau sempat berswafoto dengan individu berkenaan dalam satu majlis beberapa bulan lalu.

"Kami tiada pertalian darah. Kalau jumpa, masing-masing sedang bertugas jadi kami tiada peluang bersosial," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!