Bunian Bikerz konvoi Subuh berjemaah

Peserta konvoi Bunian Bikerz dan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh bergambar kenangan.
Peserta konvoi Bunian Bikerz dan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh bergambar kenangan.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seramai 40 peserta Bunian Bikerz mengisi cuti Tahun Baharu Cina dengan mengadakan program konvoi Subuh berjemaah di Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh di sini pada Sabtu.

Setiausaha Bunian Bikerz, Nik Amirul Asraff Nik Aman berkata, ahli yang tinggal sekitar Klang, Shah Alam dan Gombak mula berkumpul sekitar jam 4.15 pagi sebelum tiba di masjid berkenaan jam 5 pagi.

Menurutnya, peserta kemudian beriktikaf dan menunaikan solat sunat sementara menunggu azan Subuh.

Beliau berkata, para peserta kemudian menunaikan solat berjemaah disusuli kuliah Subuh dan penyampaian sumbangan wang tunai serta al-Quran.

"Tujuan program adalah untuk memberi sumbangan bagi pembinaan masjid berkenaan yang dalam keadaan daif.

"Pihak masjid memerlukan dana kira-kira RM8 juta bagi tujuan pembinaan masjib baharu," katanya kepada Sinar Harian.

Nik Amirul (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan daripada Bunian Bikerz bagi tabung pembinaan Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh baharu.
Nik Amirul (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan daripada Bunian Bikerz bagi tabung pembinaan Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh baharu.

Beliau berkata, pengisian program konvoi itu diharap memberikan manfaat kepada peserta serta membuka mata masyarakat untuk sama-sama membantu menyumbang pembangunan masjid.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berharap agar aktiviti seumpama itu dapat memberi contoh kepada kelab motosikal lain untuk mengadakan program yang dapat memberi sumbangan kepada komuniti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!