Rumah teres musnah dalam kebakaran
KUALA SELANGOR - Sebuah rumah teres musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Desiran Malawati di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam.
Menurutnya, seramai 13 pegawai dan anggota bomba serta jentera dikerah ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah teres kelas A yang terbakar 70 peratus," katanya.
Mohd Faisal berkata, anggota bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran itu selama tiga minit dan api padam sepenuhnya pada jam 9. 25 malam.
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!