Ribuan penduduk Rom sertai protes gesa hentikan perang di Gaza

Penunjuk perasaan di Rom bertekad untuk terus membantah sehingga gencatan senjata dilaksanakan dan pencerobohan Israel dihentikan. Foto Reuters
Penunjuk perasaan di Rom bertekad untuk terus membantah sehingga gencatan senjata dilaksanakan dan pencerobohan Israel dihentikan. Foto Reuters
A
A
A

ROM - Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin turun ke jalan raya di Rom menggesa agar perang di Semenanjung Gaza dihentikan.

Protes itu berlaku pada ketika serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin termasuk lebih daripada puluhan kanak-kanak di bandar Rafah di selatan Gaza, pada Sabtu.

Serangan udara Israel itu berlaku beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta tentera merancang memindahkan ratusan ribu rakyat Palestin di Rafah sebelum pencerobohan darat.

Penunjuk perasaan di Rom bertekad untuk terus membantah sehingga gencatan senjata dilaksanakan dan pencerobohan Israel dihentikan.

Tegas mereka, pendudukan Israel di Gaza mesti ditamatkan dan ia adalah satu-satunya penyelesaian kepada pengakhiran Zionis.

Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza bersesak-sesak ke Rafah selepas kebanyakannya mengikuti arahan pemindahan Israel yang kini meliputi dua pertiga daripada wilayah itu.

Tidak jelas di mana mereka boleh berlari seterusnya.

Israel mendakwa bahawa Rafah, yang bersempadan dengan Mesir, adalah kubu terakhir Hamas di Gaza selepas lebih empat bulan perang. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!