Think Quran: Cara mudah mahir Bahasa Arab

Teknik mempelajari bahasa Al-Quran melalui Think Quran membantu Mohamad Faizon mendalami bahasa Arab dengan mudah.
Teknik mempelajari bahasa Al-Quran melalui Think Quran membantu Mohamad Faizon mendalami bahasa Arab dengan mudah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Teknik belajar menggunakan aplikasi Think Quran dilihat sebagai salah satu kaedah mahir berbahasa Arab khususnya bagi mereka yang belum pernah mempelajarinya.

Pesara, Mohamad Faizon Mohd Zain, 44, berkata, sejak ia diperkenalkan seorang rakan, dia kini telah mahir mempelajari sebanyak 46 patah perkataan Bahasa Arab dalam masa dua minggu.

"Kalau nak belajar Bahasa Arab di usia sebegini agak lambat juga tetapi dengan aplikasi Think Quran, kita boleh ingat satu per satu, tambahan pula sebelum ini saya belum berpeluang untuk mempelajarinya," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Faizon yang kini terlantar akibat kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak dan perlu menjalani rawatan dialisis berikutan masalah lemah jantung selain serangan strok, banyak menghabiskan masa di katil memandangkan pergerakannya terhad.

"Nak ke mana-mana, saya perlukan bantuan isteri dan anak tetapi disebabkan banyak masa berehat, jadi saya manfaatkan masa untuk belajar, sehingga kini sudah 46 perkataan dah saya kuasai secara perlahan-lahan.

Mohamad Faizon yang perlu menjalani rawatan dialisis menjadikan masa terluang dengan mempelajari Bahasa Arab melalui Think Quran.
Mohamad Faizon yang perlu menjalani rawatan dialisis menjadikan masa terluang dengan mempelajari Bahasa Arab melalui Think Quran.

"Terima kasih kerana memperkenalkan aplikasi bermanfaat ini, bukan saya seorang sahaja dapat belajar, bahkan ilmu yang dipelajari dikongsi bersama keluarga untuk saling mudah diingati,"katanya.

Mohamad Faizon dalam masa sama mengesyorkan agar setiap keluarga memiliki aplikasi Think Quran yang boleh digunakan sebagai salah satu cara menguatkan ingatan dan memori.

Artikel Berkaitan:

"Sangat sesuai untuk semua peringkat mahir Bahasa Arab dan mahir bahasa al-Quran," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!