Pemandu maut, dua kereta bertembung

Dua kereta terbabit bertembung apabila kereta Mitsubishi Space dipandu lelaki berusia 19 tahun memasuki laluan bertentangan
Dua kereta terbabit bertembung apabila kereta Mitsubishi Space dipandu lelaki berusia 19 tahun memasuki laluan bertentangan
A
A
A

BATANG KALI - Mangsa kemalangan dua kereta berhampiran Jabatan Pertanian Batang Kali pagi tadi, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Kereta Proton Waja dipandu Badrol Hisham Mat Noh, 48, bertembung dengan sebuah kereta Mitsubishi Space yang memasuki laluannya dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 49 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh pada jam 5.15 pagi.

Menurutnya, kereta Mitsubishi Space dipandu lelaki berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah Serendah menuju ke Rasa.

"Kereta ini memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta Proton Waja di bahagian hadapan.

"Kedua-dua pemandu terbabit dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

"Pada jam 7 pagi, pihak polis menerima panggilan daripada hospital memaklumkan pemandu kereta Proton Waja disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di bahagian kaki," katanya.

Bak Phai berkata, seorang lagi pemandu yang mengalami kecederaan di kaki dan kepala dibawa ke Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 9.19 pagi untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!