Dua lelaki mabuk ditahan dalam sekatan jalan raya

BSPT IPD Ampang Jaya menjalankan Op Mabuk di Pandan Indah, Ampang pada Sabtu.
BSPT IPD Ampang Jaya menjalankan Op Mabuk di Pandan Indah, Ampang pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan ditahan kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan ketika sekatan jalan raya di Pandan Indah dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penahanan dua lelaki berusia 55 dan 65 tahun itu dibuat sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerusi Op Mabuk bermula jam 9 malam.

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit ditahan atas kesalahan memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian nafas dengan menggunakan alat Evidential Breath Analyzer II (EBA II) terhadap kedua individu berkenaan menunjukkan keputusan di mana tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan.

"Kedua-dua pemandu dan kenderaan telah dibawa ke BSPT IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Seorang pemandu yang diperiksa semasa Op Mabuk di Pandan Indah, Ampang pada Sabtu.
Seorang pemandu yang diperiksa semasa Op Mabuk di Pandan Indah, Ampang pada Sabtu.

Beliau berkata, individu yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM30,000.

Katanya, selain itu, lesen memandu juga akan digantung selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Artikel Berkaitan:

"Dinasihatkan kepada orang awam supaya sama sekali tidak memandu kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol terutamanya di musim perayaan ini. Pandu lah dengan cermat dan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!