Tindakan pantas bomba selamatkan lebih 100 rumah kayu

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Air Patau-Patau Dua pada malam Sabtu. Foto Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Air Patau-Patau Dua pada malam Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan lebih 100 rumah kayu di Kampung Air Patau-Patau 2 daripada musnah pada malam Sabtu.

Pengarah JBPM Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, dalam kebakaran yang berlaku pada 10 malam di kawasan berkepadatan tinggi itu, semua mangsa berjaya diselamatkan dan hanya seorang penduduk dikenali sebagai Khairul Mohamed, 39, mengalami kecederaan ringan di tangan.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba segera ke tempat kejadian dengan mengerahkan 37 anggota dan tiba beberapa minit kemudian. Dalam kebakaran itu, hanya sebuah rumah musnah terbakar, manakala dua rumah berdekatan hanya sebahagian yang rosak," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Air Patau-Patau Dua pada malam Sabtu. Foto Bernama
Menurut laporan awal JBPM Labuan, kejadian itu membabitkan tiga buah rumah kayu penempatan atas air, sebuah daripadanya musnah terbakar sepenuhnya.
Operasi ini melibatkan 37 anggota JBPM serta jentera EMRS, Prime Mover dan 'water tanker' dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan BBP Rancha-Rancha.
Tiada nyawa yang terkorban dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
LABUAN, Feb 11 -- The Labuan Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) personnel putting out the fire in an incident at Kampung Air Patau-Patau Dua last night.
According to Labuan JBPM's initial report, the incident involved three wooden water houses, one of which was completely destroyed by the fire.
This operation involved 37 JBPM members as well as EMRS, Prime Mover and water tanker from Labuan Sentral Fire and Rescue Station (BBP) and BBP Rancha-Rancha.
No lives were lost and the cause of the fire is still under investigation.
--fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Air Patau-Patau Dua pada malam Sabtu. Foto Bernama Menurut laporan awal JBPM Labuan, kejadian itu membabitkan tiga buah rumah kayu penempatan atas air, sebuah daripadanya musnah terbakar sepenuhnya. Operasi ini melibatkan 37 anggota JBPM serta jentera EMRS, Prime Mover dan 'water tanker' dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan BBP Rancha-Rancha. Tiada nyawa yang terkorban dan punca kebakaran masih dalam siasatan. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA LABUAN, Feb 11 -- The Labuan Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) personnel putting out the fire in an incident at Kampung Air Patau-Patau Dua last night. According to Labuan JBPM's initial report, the incident involved three wooden water houses, one of which was completely destroyed by the fire. This operation involved 37 JBPM members as well as EMRS, Prime Mover and water tanker from Labuan Sentral Fire and Rescue Station (BBP) and BBP Rancha-Rancha. No lives were lost and the cause of the fire is still under investigation. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

Abdul Rahman berkata, tindakan pantas dan usaha memadam kebakaran yang strategik memainkan peranan penting dalam menghalang api daripada merebak ke seluruh perkampungan air itu.

"Walaupun menghadapi cabaran kerana jarak antara rumah amat dekat, anggota bomba berjaya mengawal api menggunakan air laut, air tangki dan alat pemadam kebakaran bagi memastikan kerosakan yang minimum pada struktur berhampiran," katanya dan menambah punca kebakaran sedang disiasat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abd Rahman yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dedikasi dan profesionalisme anggota bomba yang bertungkus lumus mengawal kebakaran mendapat pujian masyarakat setempat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!