Pemilu 2024: Rakyat Indonesia akui teruja, pertama kali undi awal

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan salah satu daripada enam pusat pengundian awal yang dibuka di negara ini dengan merekodkan seramai 222,945 pemilih. (Gambar kecil: Romika Salikan, Marzuki Murjono)
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan salah satu daripada enam pusat pengundian awal yang dibuka di negara ini dengan merekodkan seramai 222,945 pemilih. (Gambar kecil: Romika Salikan, Marzuki Murjono)
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pengalaman pertama kali mengundi awal di Malaysia bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 menimbulkan keterujaan kepada seorang rakyat Indonesia, Marzuki Murjono, 47.

Marzuki berkata, walaupun telah menetap selama 27 tahun di Malaysia, dia sebelum ini sering pulang ke tanah air untuk membuang undi.

“Saya sudah menetap di Malaysia sejak 1997 tetapi ini kali pertama saya berpeluang mengundi dekat sini sebab selalunya saya akan pulang ke kampung sahaja.

“Suasana sangat meriah dengan sorakan, sepanduk dan laungan rakyat yang menyokong pemimpin masing-masing, ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan Indonesia.

“Semoga pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dan pemimpin yang terpilih nanti dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan salah satu daripada enam pusat pengundian awal yang dibuka di negara ini dengan merekodkan seramai 222,945 pemilih.

Lima lagi pusat pengundian awal yang turut dibuka di Malaysia ialah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Kuching di Sarawak.

Dalam pada itu, seorang lagi pengundi, Romika Salikan, 43, berkata, dia tidak menyangka sambutan daripada rakyat Indonesia sangat menggalakkan.

Artikel Berkaitan:

“Saya datang jam 8 pagi tadi sebab ingat kalau pergi awal dapat selesai cepat tetapi tak sangka orang dah ramai sehingga terpaksa beratur panjang.

“Saya sebenarnya sudah selesai undi tadi tetapi sengaja tidak mahu pulang lagi kerana mahu nikmati suasana meriah seperti ini.

“Kalau di Indonesia, suasananya tak macam sekarang kerana undi selalunya dibuat hanya melibatkan lebih kurang 300 orang bagi setiap tempat pengundian,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!