PATI lari ikut tangga elak dicekup

Antara PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Batu Caves dan Kota Damansara, Selangor, semalam.
Antara PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Batu Caves dan Kota Damansara, Selangor, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Premis 'cari makan' pendatang asing tanpa izin (PATI) digempur Jabatan Imigresen Selangor dalam Operasi Bersepadu di sekitar Batu Caves dan Kota Damansara, Selangor, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, dalam operasi bermula jam 3 petang, tujuh buah premis diserbu melibatkan pasar raya, medan selera, kedai makan dan kawasan perniagaan.

Menurutnya, seramai 122 warga asing diperiksa dan 82 daripadanya dikesan tidak mempunyai permit, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas.

"Semakan mendapati PATI berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun ini terdiri daripada 77 lelaki dan lima wanita membabitkan warga Bangladesh (26), Indonesia (11), Myanmar (8), Nepal (19), India (14) dan Pakistan (4).

"Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam operasi yang tamat pada jam 9 malam itu, terdapat cubaan PATI terbabit yang cuba melarikan diri dengan menggunakan pintu dan tangga di belakang premis tetapi tindakan pantas dan pemeriksaan menyeluruh anggota operasi telah berjaya menggagalkannya.

Katanya, pihaknya turut menyiasat sekiranya terdapat majikan yang menggajikan PATI, sekiranya terbukti mereka akan dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.

"Kes disiasat Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, pihaknya sentiasa komited untuk terus memantau dan menjalankan operasi secara berterusan bagi membendung gejala PATI dari masa ke semasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!