Pendaftaran ditutup, proses undi lanjut sehingga 8 malam ini

Rakyat Indonesia yang telah selesai mendaftar berpusu-pusu untuk membuang undi sebelum jam 8 malam ini.
Rakyat Indonesia yang telah selesai mendaftar berpusu-pusu untuk membuang undi sebelum jam 8 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendaftaran mengundi awal rakyat Indonesia bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tutup pada jam 6 petang tadi.

Bagaimanapun, proses mengundi masih dijalankan bagi mereka yang telah mendaftar dan tiba sebelum jam 6 petang.

Difahamkan, tempoh untuk rakyat negara itu menunaikan tanggungjawab mereka akan dilanjutkan sehingga jam 8 malam ini memandangkan jumlah pengundi yang menunggu giliran masih lagi tinggi.

WTCKL merupakan salah satu daripada enam pusat pengundian awal yang dibuka di negara ini dengan merekodkan seramai 222,945 pemilih.

Lima lagi pusat pengundian awal yang turut dibuka di Malaysia ialah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Kuching, Sarawak.

Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan meraikan pesta demokrasi dalam Pemilu dan Pilpres pada 14 Februari ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.

Indonesia memulakan kempen pilihan presiden 2024 pada November tahun lalu yang menyaksikan tiga calon bersaing untuk pemilihan pemimpin pada 14 Februari ini.

Persaingan itu melibatkan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!