Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama malam ini

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar setakat 8 malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dari arah utara menuju ke ibu negara iaitu dari Sungai Jawi hingga ke Bukit Merah masih lancar.

"Di Plaza Tol Juru, aliran trafik lancar di kedua-dua arah, namun trafik bergerak perlahan di kawasan mendaki dari Tapah ke Bidor dan di Tanjung Malim menuju ke arah Selatan hingga ke Rawang, akibat pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik tinggi ke arah Utara dari Simpang Ampat ke Seremban.

Beberapa laluan Smartlane yang diaktifkan di beberapa lebuh raya utama juga telah ditutup berikutan aliran trafik yang semakin berkurang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!