Enam unit rumah di Flat Sri Sabah terbakar
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak enam unit rumah di tingkat 17, blok 70 Flat Sri Sabah, di sini terbakar pada Ahad.
Bagaimanapun, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu dapat dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 11.30 malam.
Tindakan sepasukan anggota JBPM Kuala Lumpur itu juga berjaya mengelak kebakaran daripada terus merebak ke unit rumah lain.
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.
Sementara itu, anggota operasi dilihat masih menjalankan kerja-kerja overhaul setakat jam 11.30 malam.
Insiden kebakaran itu turut dirakam oleh beberapa penduduk di flat terbabit.
Sebelum itu, pihak bomba berdepan sedikit kesulitan untuk memadam kebakaran apabila beberapa individu meletakkan kenderaan di bahu jalan.
Keadaan itu memaksa pasukan penyelamat meminta bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menunda keluar kenderaan yang menghalang jalan bagi membuka laluan kepada jentera bomba.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!