Keberanian Bayern Munich hilang di Leverkusen
TONGGAK Bayern Munich, Thomas Mueller mengkritik penyandang juara itu yang disifatkannya kerana tidak mempunyai keberanian untuk bermain secara terbuka selepas rekod juara Bundesliga 32 kali itu lebur, 0-3 kepada Bayer Leverkusen dalam pertembungan dua kelab teratas tersebut.
Bayern, yang memburu kejuaraan liga ke-12 berturut-turut, diaibkan Leverkusen, yang mendahului lima mata di puncak selepas kemenangan di BayArena itu.
Keputusan itu sekali gus memanjang rekod tanpa tewas Leverkusen dalam 31 perlawanan semua kejohanan musim ini.
Bayern pula sudah mengalami tiga kekalahan dalam liga teratas Jerman gagal melakukan lebih daripada satu percubaan ke sasaran angkatan Xabi Alonso berkenaan.
“Apa yang saya hilang di BayArena semua dipraktikkan semasa dalam latihan yang kami kelihatan lebih baik, lebih berani kerana kami bermain lebih bebas.
“Kami bermain dari A ke B dan kemudian ke C tanpa sebarang tekanan dan tiada siapa yang benar-benar mencabar.
“Namun hari ini semua itu tiada di sana. Kami tewas 0-3,” kata Mueller.
Penyerang berusia 34 tahun itu juga menyatakan bahwa pengurus Bayern, Thomas Tuchel tidak boleh dipersalahkan atas persembahan pasukan tersebut.
“Terdapat pemain-pemain yang cukup berpengalaman di peringkat antarabangsa di padang, jadi tidak ada sebab untuk bercakap tentang jurulatih,” tambah Mueller.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!