Kejayaan fantastik Ivory Coast

Pemain Ivory Coast meraikan kejayaan merangkul trofi Piala Negara-Negara Afrika. Foto Agensi
Pemain Ivory Coast meraikan kejayaan merangkul trofi Piala Negara-Negara Afrika. Foto Agensi
A
A
A

KEJAYAAN Ivory Coast menjulang Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Nigeria, 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Alassane Ouattara, disifatkan sebagai pencapaian memberangsangkan.

Malah, menurut pengendali Ivory Coast, Emerse Fae semua adalah mengenai kebijaksanaan pemain-pemain memanfaatkan peluang dalam separuh masa kedua.

“Sejujurnya, sukar saya mempercayai semua ini apabila memikirkan kembali setiap detik yang diharungi pasukan.

"Perjuangan kami hampir berakhir, namun kami kembali pada minit terakhir mencipta beberapa keajaiban.

“Ya, kami akhirnya lega selepas mengharungi semua kesukaran. Kami hampir diaibkan tetapi apabila mendapat peluang kedua, pemain-pemain bertekad untuk tidak mensia-siakannya,” kata Fae.

Nigeria terlebih dulu memimpin perlawanan tersebut menerusi gol kapten William Paul Troost-Ekong pada minit ke-38 separuh masa pertama.

Ivory Coast yang tidak mengalah bangkit dengan dua gol penghujung separuh masa kedua yang dimulakan dengan sentuhan pemain kelab Liga Pro Saudi, Al Ahli, Franck Yannick Kessie pada minit ke-62 sebelum bintang Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, Sébastien Romain Teddy Haller menutup terus peluang Nigeria pada minit ke-81.

Sebagai rekod, Ivory Coast adalah tuan rumah pertama memenangi Piala Negara-Negara Afrika dalam lapan edisi terakhir sejak kejayaan Mesir di tempat sendiri pada 2006.

Artikel Berkaitan:

INFO

* Piala Negara-Negara Afrika

Juara

Sudan 1957:

Mesir 4–0 Ethiopia

Mesir 1959:

Mesir 2–1 Sudan

Ethiopia 1962:

Ethiopia 4–2 Mesir

Ghana 1963:

Ghana 3–0 Sudan

Tunisia 1965:

Ghana 3–2 Tunisia

Ethiopia 1968:

Republik Demokratik Congo 1–0 Ghana

Sudan 1970:

Sudan 3–2 Ghana

Cameroon 1972:

Congo 3–2 Mali

Mesir 1974:

Zaire 2–0 Zambia

(Zaire menang perlawanan ulangan. Perlawanan pertama berakhir 2-2)

Ethiopia 1976:

Maghribi 1-1 Guinea

(Maghribi juara, Guinea naib juara)

Ghana 1978:

Ghana 2–0 Uganda

Nigeria 1980:

Nigeria 3–0 Algeria

Libya 1982:

Ghana 1–1 Libya

(Ghana menang penentuan penalti 7–6)

Ivory Coast 1984:

Cameroon 3 – 1 Nigeria

Mesir 1986:

Mesir 0–0 Cameroon

(Mesir menang penentuan penalti 5–4)

Maghribi 1988:

Cameroon 1–0 Nigeria

Algeria 1990:

Algeria 1–0 Nigeria

Senegal 1992:

Ivory Coast 0–0 Ghana

(Ivory Coast menang penentuan penalti 11–10)

Tunisia 1994:

Nigeria 2–1 Zambia

Afrika Selatan 1996:

Afrika Selatan 2–0 Tunisia

Burkina Faso 1998:

Mesir 2–0 Afrika Selatan

Ghana/Nigeria 2000:

Cameroon 2–2 Nigeria

(Cameroon menang penentuan penalti 4–3)

Mali 2002:

Cameroon 0–0 Senegal

(Cameroon menang penentuan penalti 3-2)

Tunisia 2004:

Tunisia 2–1 Maghribi

Mesir 2006:

Mesir 0–0 Ivory Coast

(Mesir menang penentuan penalti 4–2)

Ghana 2008:

Mesir 1–0 Cameroon

Angola 2010:

Mesir 1–0 Ghana

Gabon/Equatorial Guinea 2012:

Zambia 0-0 Ivory Coast

(Zambia menang penentuan penalti 8-7)

Afrika Selatan 2013:

Nigeria 1-0 Burkina Faso

Equatorial Guinea 2015:

Ivory Coast 0-0 Ghana

(Ivory Coast menang penentuan penalti 9-8)

Gabon 2017:

Cameroon 2-1 Mesir

Mesir 2019:

Algeria 1-0 Senegal

Cameroon 2021:

Senegal 0-0 Mesir

(Senegal menang penentuan penalti 4-2)

Ivory Coast 2023:

Ivory Coast 2-1 Nigeria

* Pemenang Piala Negara-Negara Afrika

Mesir: 7 (1957, 1959, 1986, 1998, 2006, 2008, 2010)

Cameroon: 5 (1984, 1988, 2000, 2002, 2017)

Ghana: 4 (1963, 1965, 1978, 1982)

Ivory Coast: 3 (1992, 2015, 2023)

Nigeria: 3 (1980, 1994, 2013)

Algeria: 2 (1990, 2019)

Republik Demokratik Congo: 2 (1968, 1974)

Congo: 1 (1972)

Ethiopia: 1 (1962)

Maghribi: 1 (1976)

Senegal: 1 (2021)

Afrika Selatan: 1 (1996)

Sudan: 1 (1970)

Tunisia: 1 (2004)

Zambia: 1 (2012)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!