Pemilu 2024: Pengundian luar negara berjalan lancar

Keadaan semasa proses undi awal sempena Pemilu 2024 yang berlangsung di Pusat Pengundian Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Foto Bernama
Keadaan semasa proses undi awal sempena Pemilu 2024 yang berlangsung di Pusat Pengundian Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

JAKARTA - Proses pengundian bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang bermula pada awal bulan ini dan berterusan sehingga 14 Februari di luar negara, termasuk Malaysia berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Walaupun terdapat beberapa isu, jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal mengesahkan bahawa proses demokrasi itu berjalan dengan baik, berkat bantuan yang diberikan oleh pihak kedutaan, konsulat dan Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara di setiap negara.

Beliau menegaskan bahawa kementerian dan wakilnya di luar negara bukanlah penganjur tetapi mereka memikul tanggungjawab moral untuk menyokong kejayaan pilihan raya.

"Menganjurkan pilihan raya di luar negara melibatkan cabaran kerana kita perlu mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

"Oleh itu, sokongan dan kemudahan daripada wakil-wakil adalah penting," katanya.

Warganegara Indonesia yang layak di pelbagai negara telah menunaikan hak mengundi mereka di 3,059 pusat pengundian.

Di Malaysia, terdapat 832,420 warganegara Indonesia yang berdaftar sebagai pengundi dengan enam pusat pengundian telah dibuka pada Ahad untuk pengundian awal, melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sejumlah besar pengundi berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur melibatkan seramai 222,945 pengundi.

Artikel Berkaitan:

Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kini sedang menjalani tempoh bertenang selama tiga hari untuk Pemilu 2024 yang berakhir pada Selasa menjelang proses pengundian yang dijadualkan pada Rabu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!