Penduduk lega laluan runtuh siap dibaiki 60 peratus

Orang ramai yang melalui jalan konkrit yang siap 60 peratus.
Orang ramai yang melalui jalan konkrit yang siap 60 peratus.
A
A
A

JELI - Selepas sebulan terperangkap, kira-kira 200 penduduk Kampung Seberang Janggut di sini menarik nafas lega apabila laluan runtuh yang dibaiki siap 60 peratus dan sudah boleh dilalui dengan kereta.

Seorang pemotong rumput, Amran Mohd Zelan, 37, berkata, jalan konkrit sepanjang 130 meter tersebut dibuka kepada orang ramai pada Sabtu lalu.

AMRAN
AMRAN

Menurutnya, sebelum ini, penduduk terpaksa menggunakan laluan sementara di dalam dusun durian untuk urusan seperti menghantar anak ke sekolah.

“Kami terpaksa berjalan kaki dalam dusun dan menggunakan dua motosikal, satu diletakkan di sebelah kampung dan satu lagi di kawasan seberang selepas tanah runtuh.

“Kini sudah tidak perlu lagi berjalan kaki apabila jambatan siap dan boleh dilalui dengan kenderaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Janggut, di sini, pada Isnin.

Seorang suri rumah, Roswani Che Aziz, 43, berkata, dia tidak keluar dari kampung berkenaan sejak laluan tersebut runtuh pada 29 Disember tahun lalu.

ROSWANI
ROSWANI

Artikel Berkaitan:

“Waktu kejadian tanah runtuh tersebut kami lihat air sungai lalu dengan laju.

“Apabila jalan konkrit ini siap, kami masih tetap melaluinya dengan berhati-hati kerana bimbang kejadian sama berulang,” ujarnya.

Kawasan runtuhan Kampung Seberang Janggut yang dibaiki.
Kawasan runtuhan Kampung Seberang Janggut yang dibaiki.

Seorang penoreh getah, Mohd Rozi Abdul Ghani, 42, berkata, runtuhan kawasan itu pernah berlaku lima tahun lalu tetapi tidak seteruk runtuhan baru-baru ini.

MOHD ROZI
MOHD ROZI

“Sebelum ini, ada bahagian jalan tar yang runtuh dan semakin merebak apabila hujan lebat baru-baru ini.

“Bagaimanapun, runtuhan ini sudah dibaiki dan memberi kemudahan kepada penduduk kerana laluan ini satu-satunya yang ada,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!