4,600 tompok panas dikesan di Thailand, Kemboja
BANGKOK - Gambar satelit menunjukkan terdapat kira-kira 600 tompok panas di Thailand yang kebanyakan di kawasan hutan manakala 4,000 lagi di Kemboja.
Agensi Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa (GISTDA) berkata, gambar yang diambil satelit Soumi NPP dan satelit lain pada Sabtu menunjukkan terdapat 601 kebakaran hutan dan ladang di Thailand.
GISTDA menambah, kawasan tompok panas itu termasuk 169 di hutan simpan negara, 153 di hutan dilindungi, 130 di ladang, 53 di kawasan lain dan tujuh di sepanjang lebuh raya.
Katanya, jumlah kebakaran tertinggi berlaku di wilayah Kanchanaburi.
Sementara itu, 4,056 tompok panas dapat dilihat di Kemboja, 979 di Myanmar, 622 di Laos dan 166 di Vietnam.
Sebelum ini, Thailand dan Kemboja bersetuju memerangi kebakaran hutan dan mengurangkan bahan pencemar ultra halus sehingga PM2.5.
GISTD menambah, setakat jam 8 pagi Ahad, terdapat 30 wilayah di Thailand didapati mempunyai bacaan pencemaran PM.25 yang melebihi paras tidak selamat. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!