Hakisan sungai: Lapan beranak 'berhimpit' tidur di ruang tamu
12 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 FEBRUARI 2024
Lapan beranak di Kampung Baru, Sungai Kenor, Guchil Luar, Kuala Krai, Kelantan, terpaksa 'berhimpit' di ruang tamu untuk tidur apabila rumah yang didiami mereka hampir roboh akibat hakisan sungai sejak Disember lalu.
Situasi itu menyebabkan keluarga tersebut terpaksa 'tidur-tidur ayam' memikirkan rekahan yang berlaku setiap hari dan hanya menunggu masa 'ditelan' hakisan.
Nurani Samsudin, berkata, sejak itu dia buntu memikirkan nasib keluarganya kerana rumah berusia 20 tahun itu adalah peninggalan keluarganya selepas kematian suami tujuh tahun lalu.
Muzik:Slow Motion dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #RumahRoboh #HakisanSungai