Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?

Dari kiri: Prabowo, Ganjar dan Anies. Foto Awani
Dari kiri: Prabowo, Ganjar dan Anies. Foto Awani
A
A
A

JAKARTA - Siapa bakal dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 pada 14 Februari ini mempunyai peranan cukup signifikan dalam menjayakan visi Indonesia Emas 2045.

Menurut Pengarah Eksekutif Next Policy, Dr Fithra Faisal Hastia, di ketiga-tiga calon (Anies Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo) mempunyai idea serupa untuk memajukan ekonomi Indonesia melebihi enam peratus dan mahu keluar dari perangkap pendapatan kelas menengah.

“Kalau kita lihat narasinya ada perbedaan sedikit misalnya calon nombor 1 (Anies) tidak mahu Ibu Kota Nusantara (IKN) sebaliknya mahu membangunkan 40 kota Indonesia.

“Calon nombor 2 (Prabowo) dan calon nombor 3 (Ganjar) masih terkait IKN, tetapi dalam konteks kesejahteraan sosial calon nombor 2 mahu beri makan siang dan susu gratis (percuma) manakala calon 3 mahu beri internet gratis,” katanya kepada Awani.

Walaupun disifatkan idea yang diketengahkan calon itu baik, namun Dr Fithra mempersoalkan adakah anggaran untuk menyediakan peruntukan (menunaikan janji-janji) itu mencukupi.

Ini jelasnya, banyak lagi keutamaan lain perlu diberi perhatian dan harus lebih realistik.

“Ketika mana mereka sudah menjadi presiden dan wakil presiden tiga bulan pertama adalah bulan madu (mereka) akan bercerita tentang harapan-harapannya. Tetapi tiga bulan berikutnya ia memasuki fakta yang ada.

“Pada akhirnya apabila kita membandingkan dengan presiden-presiden sebelum ini sama sahaja.

Artikel Berkaitan:

Yang jelas kita tidak butuh (perlu) presiden yang sama saja.

Kita butuh (perlu) presiden yang mampu membawa ekonomi atas enam peratus," ujarnya.

Tambah penganalisis ekonomi itu, jika tiada langkah-langkah stategik berkaitan ekonomi, ia akan beri kesan kepada pelaksanaan visi Indonesia Emas 2045.

“Bukan satu putaran atau dua putaran, bukan siapa yang berkuasa tetapi apa yang dilakukannya dalam 100 hari dan kemudian setahun (pemerintahan), kalau tiada tanda-tanda pembaikan yang bererti pasaran tidak pasti dengan Indonesia Emas 2045,” katanya lagi.

Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 2024 pada 14 Februari ini bakal menyaksikan 205 juta pemilih berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilpres dan Pemilu Legislatif (Pileg) yang diadakan serentak. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!