Hojlund bakal jadi pemain bintang United

Hojlund (dua dari kanan) ketika meraikan jaringannya menentang Villa. Foto AFP
Hojlund (dua dari kanan) ketika meraikan jaringannya menentang Villa. Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Rasmus Hojlund dilabel sebagai bintang masa depan oleh bekas pemain Arsenal dan Aston Villa, Paul Merson.

Hojlund menjaringkan satu gol ketika United menewaskan Aston Villa di Villa Park, 2-1 pada Isnin sekali gus menyaksikan dia telah meledak lima gol dalam lima penampilan terakhirnya di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Merson percaya pemain kelahiran Denmark itu telah menemui sentuhannya dalam saingan EPL.

Rekod Sky Sports mendedahkan bahawa percubaannya banyak menemui sasaran, 75 peratus lebih tinggi berbanding 38.9 peratus berbanding rekod perlawanan pada Disember tahun lalu.

"Saya suka dia dan baru berusia 21 tahun selain bermain untuk salah satu kelab terbesar di dunia.

“Dia sudah mendapat keyakinan sekarang, dan bola sepak adalah mengenai keyakinan. Apabila ada peluang, dia terus menyambarnya.

"Jika bola itu (gol pembukaan Hojlund) di Villa datang pada awal musim, dia akan menendang sekuat yang dia boleh. Tetapi kali ini dia menyudahkannya dengan bijak. Dia seorang pemain yang bagus, saya rasa dia akan menjadi seorang superstar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!