Pendawaian elektrik punca kebakaran Flat Sri Sabah
13 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024
Masalah pendawaian elektrik di unit 3 menjadi punca kebakaran di tingkat 17, Flat Sri Sabah sebelum merebak ke lima unit lain dalam kejadian Ahad.
Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul dan memaklumkan kebakaran di rumah tersebut kemudiannya merebak ke lima rumah yang lain di tingkat yang sama.
Tambah beliau, dakwaan mengatakan kebakaran disebabkan bunga api adalah tidak benar.
Menurutnya, 90 peratus siasatan mengesahkan kebakaran disebabkan pendawaian dan berbaki 10 peratus lagi untuk ujian teknikal.