DBKL sedia rumah transit untuk mangsa kebakaran Flat Sri Sabah
13 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah transit bagi menempatkan lima keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Flat Sri Sabah pada Ahad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras itu boleh diduduki mulai Khamis ini.
Menurutnya, mangsa dibenarkan mendiami rumah transit itu antara enam bulan hingga tiga tahun.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #FlatSriSabah #SriSabah #Kebakaran #DBKL #RumahTransit