Pemain Indonesia disambar petir meninggal dunia

Klip video itu menunjukkan Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir.
Klip video itu menunjukkan Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir.
A
A
A

SEORANG pemain bola sepak meninggal dunia selepas disambar petir ketika sedang beraksi di Stadion Siliwangi, Bandung, Sabtu lalu.

Pemain yang dilaporkan berumur 35 tahun itu dilihat rebah setelah disambar kilat ketika beraksi di stadium Persib Bandung.

Insiden pemain sepak bola disambar petir di Stadion Siliwangi tersebut viral di media sosial.

Menerusi X, ia merupakan carian utama di Indonesia.

Kejadian tersebut berlaku kepada pemain FBI Subang, Septian Raharja, yang bermain dalam perlawanan persahabatan hujung minggu lalu dan meninggal dunia di hospital.

Klip video itu menunjukkan Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir dan membuat pemain lain bergegas masuk untuk melihat keadaannya dengan ekspresi panik. - Sumber: cnnIndonesia.com

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!