Harimau kumbang masuk perangkap
SUNGAI SIPUT - Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Felda Lasah di sini pada Selasa.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, harimau kumbang betina dianggarkan berusia empat tahun itu dalam keadaan sihat namun terdapat luka di kepala dipercayai akibat melanggar perangkap.
"Perangkap dipasang pada Isnin selepas menerima aduan serangan pada anak lembu ternakan milik penduduk.
"Kita menggunakan umpan bangkai anak lembu itu dan sekitar jam 4 pagi, haiwan pemangsa ini masuk perangkap," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, harimau seberat 35 kilogram itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!