Peniaga bukan Islam pamer ayat al-Quran, ini kata Mufti Kelantan

Mohamad Shukri
Mohamad Shukri
A
A
A

KOTA BHARU - Tiada laporan orang bukan Islam menggunakan ayat al-Quran sebagai pelaris di kedai makan di Kelantan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan peniaga bukan Islam menggunakan ayat al-Quran jelas mengundang kekeliruan kepada pelanggan.

Menurutnya, jika benar ada kedai bukan Islam menggunakan ayat suci di premis tetapi menyediakan makanan di tempat kotor atau tidak halal, maka tindakan perlu diambil.

"Ia akan menjamin kebersihan dan mengelak umat Islam daripada pengambilan makanan haram.

"Namun, orang ramai diminta tidak meletakkan hukum terhadap pemilik kedai bukan Islam sebab ada juga yang menggajikan pekerja Islam termasuk tukang masak," katanya.

Mohamad Shukri berkata, ia termasuk kedai yang memiliki logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing.

Kataya, masyarakat tidak boleh berprasangka semata-mata pemilik kedai berkenaan bukan beragama Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!