[VIDEO] Abang polis jadi 'bidan' sambut bayi baru lahir

A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita warga Thailand yang sarat mengandung berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), pada Isnin.

Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya dilahirkan dengan selamat dengan bantuan anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

Kejadian yang dikongsikan menerusi halaman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia itu menyatakan, ketika kejadian seorang pegawai serta dua anggota menjadi 'penyelamat pertama' di lokasi Lebuhraya PLUS arah utara apabila membantu keluarga warganegara Thailand yang bakal mendapat cahaya mata baharu itu.

Anggota trafik membantu keluarga warga Thailand itu di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Isnin.
Anggota trafik membantu keluarga warga Thailand itu di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Isnin.

Menurut hantaran berkenaan, kejadian berlaku ketika mereka sedang dalam penugasan Op Selamat 21.

"Kenderaan peronda dinaiki Inspektor Mat Fauzi bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli telah ditahan warga Thailand terbabit.

"Mereka kemudiannya memaklumkan kepada anggota dan pegawai bertugas tentang wanita berkenaan yang telah sarat untuk melahirkan bayi," katanya.

Petugas kesihatan memberi rawatan awal kepada wanita warga Thailand terbabit.
Petugas kesihatan memberi rawatan awal kepada wanita warga Thailand terbabit.

Katanya, pada mulanya kenderaan pasangan warga Thailand itu diiringi untuk ke hospital berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, wanita terbabit melahirkan bayinya di tepi lebuh raya itu dengan bantuan anggota polis terlibat.

"Ambulans kemudiannya tiba di lokasi kejadian untuk memberikan rawatan kepada wanita terbabit," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!