Menteri arah 410,000 pili bomba diperiksa

Kor Ming (empat dari kanan) telah meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengemukakan laporan dan cadangan pembinaan semula Pasar Pasir Puteh dalam masa terdekat.
Kor Ming (empat dari kanan) telah meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengemukakan laporan dan cadangan pembinaan semula Pasar Pasir Puteh dalam masa terdekat.
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarah melakukan pemeriksaan dan ujian keberkesanan pili bomba bagi memastikan kemudahan itu berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pemeriksaan itu penting untuk mengelak risiko kebakaran lebih tinggi terutama pada musim panas yang melanda negara ketika ini.

Menurutnya, pada masa ini, terdapat 410,000 pili bomba di seluruh negara membabitkan 351,000 pili kerajaan dan 65,000 lagi milik swasta.

"Saya telah keluarkan arahan kepada Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad hari ini supaya semua 337 balai bomba melakukan operasi besar-besaran.

Kor Ming (kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke Pasar Pasir Puteh pada Selasa.
Kor Ming (kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke Pasar Pasir Puteh pada Selasa.

"Memang sebelum ini balai ada jalankan pemeriksaan mengikut rutin dan berjadual, cuma usaha ini akan diperhebatkan lagi untuk pastikan pili bomba dapat berfungsi ketika waktu kecemasan.

"Semalam, tokong dekat Sungai Petani (Kedah) hangus terbakar, kelmarin kedai runcit di Ayer Tawar, Manjung juga terbakar hingga mengorbankan nyawa pemiliknya seorang warga emas berusia 90 tahun. Jadi penting untuk semua pihak berwaspada dan mengambil langkah pencegahan," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Pasar Pasir Puteh di sini pada Selasa.

Pasar Pasir Puteh yang beroperasi sejak 67 tahun lalu musnah dalam kebakaran sekitar jam 12 malam pada Isnin mengakibatkan 70 peniaga terjejas.

Artikel Berkaitan:

Dalam lawatan itu, Kor Ming turut mengumumkan peruntukan RM115,000 sebagai bantuan awal kepada semua peniaga terjejas yang akan disalurkan bermula esok.

Beliau berkata, pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengemukakan laporan dan cadangan pembinaan semula pasar berkenaan dalam masa terdekat.

"Kita tunggu laporan daripada MBI dahulu untuk kita lihat bajet dan sebagainya, tetapi ini akan saya jadikan sebagai salah satu projek segera," katanya.

Pasar Pasir Puteh yang beroperasi sejak 67 tahun lalu musnah dalam kebakaran sekitar jam 12 malam pada Isnin mengakibatkan 70 peniaga terjejas.
Pasar Pasir Puteh yang beroperasi sejak 67 tahun lalu musnah dalam kebakaran sekitar jam 12 malam pada Isnin mengakibatkan 70 peniaga terjejas.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Teluk Intan itu meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mengaitkan kes-kes kebakaran mutakhir ini berpunca daripada keputusan kerajaan membenarkan semula penjualan dan permainan mercun.

Katanya, tanggapan seperti itu boleh merumitkan siasatan punca sebenar kebakaran yang dijalankan pihak bomba.

"Saya harap pemberita pun jangan buat spekulasi. Mengenai kebakaran di pasar ini pun, kita masih menunggu laporan daripada bomba," katanya.

Pada Februari tahun lalu, Kabinet membuat keputusan untuk menarik balik larangan penjualan dan permainan mercun, tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen, duti import serta garis panduan dan peraturan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!