Pentingnya sarapan bijian penuh untuk anak anda

A
A
A

SARAPAN adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk permulaan hari yang sihat dan ceria.

Namun, ramai ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pentingnya pengambilan sarapan berkhasiat seperti bijian penuh untuk anak-anak.

Hasil kajian Persatuan Pemakanan Malaysia melalui kajian MyBreakfast 2015 di seluruh negara terhadap 5,165 kanak-kanak sekolah rendah dan 2,947 remaja sekolah menengah menunjukkan bahawa sembilan daripada sepuluh kanak-kanak dalam kajian itu tidak makan bijian penuh yang mencukupi.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menyarankan bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada pengambilan bijirin adalah dalam bentuk bijian penuh.

Antara contoh bijirin ialah beras, gandum, jagung dan oats.

Bijian penuh adalah bijian berkhasiat yang masih mengandungi ketiga -tiga bahagian yang penting iaitu Bran, Germa dan Endosperma. Sementara bijian halus hanya mengandungi Endosperma sahaja.



No Image Caption

Bran adalah kulit paling luar dan mengandungi antioksidan, vitamin B dan serat makanan.

Artikel Berkaitan:

Germ pula bahagian paling penting di mana pucuk pertama bercambah darinya. Ia tinggi dengan vitamin B, mineral, protein dan lemak yang sihat.

Manakala Endosperm pula adalah bahagian terbesar bijirin yang memberikan tenaga terutamanya dalam bentuk karbohidrat dan protein vitamin dan mineral.

Apabila pengilang mengeluarkan bahagian bran dan germa daripada bijian penuh, ia menjadi bijian terproses seperti beras putih, tepung putih, mihun dan kueh teow.

Oleh itu, bijian penuh mempunyai lebih banyak nutrisi berbanding dengan bijian terproses kerana lebih banyak serat, antioksidan, vitamin, mineral yang terdapat pada lapisan bran dan germa.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan bijian penuh yang lebih dapat mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung dan diabetes.



No Image Caption

Bijian penuh harus menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan harian kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan sumber tenaga.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memupuk amalan bersarapan setiap pagi dengan mengambil bijian penuh. Ia adalah satu langkah yang baik dan perlu dimulakan dari usia muda.

Seperti contoh, dengan mengambil sarapan bijirin Koko Krunch dan MILO dari Nestle, ia menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk diet anak anda.

Produk keluaran Nestle ini sesuai dihidangkan kerana ia mempunyai 28 peratus lebih bijian penuh berbanding dengan resipi terdahulu.Untuk menarik minat anak-anak, berikut adalah tujuh resipi mudah bagi hidangan berasaskan bijian yang boleh ibu bapa sediakan.



No Image Caption

Jadi, ajarlah anak anda memilih makanan berkhasiat sejak dari kecil lagi agar mereka terbiasa dengan makanan berasaskan bijian penuh.

Amalan pemakanan gaya hidup sihat ini akan melahirkan generasi lebih sihat pada masa hadapan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang info makanan sihat Nestle boleh layari laman web Nestle

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!