Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO mencetuskan polemik dan kontroversi.Tidak dipersetujui NGO-NGO Melayu dan parti politik, cadangan ini walau bagaimanapun mencetuskan rasa prihatin kepada lokasi-lokasi lain yang dikira wajar dijadikan tapak warisan UNESCO ketimbang faktor sejarah dan budayanya.Adakah kebimbangan masyarakat terhadap cadangan itu berasas? Apa pula status tempat-tempat lain yang telah pun dicadangkan sebagai tapak warisan badan dunia itu? Sudah cukup baikkah usaha pemuliharaan khazanah budaya bangsa dan warisan sejarah kita?